Custom Search

Thursday 28 October 2010

Bertudung atau mengikut trend bertudung?



Senario masyrakat wanita bertudung pada masa kini gemar bertudung pelbagai bentuk fesyen untuk digayakan.Bermacam-macam fesyen tudung di beri nama.Sekiranya kita melihat wanita-wanita di luar sana sungguh cantik dan ayu pabila mengayakan litup bertudung yang pelbagai fesyen ini.Harga sehelai tudung juga boleh mencecah dari puluhan ringgit hingga beratus ringgit.Faktor tersebut dikatakan mengikut arus berfesyen bertudung. 

          Apabila seseorang wanita itu bertudung biasa yang menutup aurat adakah wanita itu dikatakan ketinggalan zaman?Bagaimanakah masyarakat wanita bertudung yang tidak berkemampuan.Adakah wainta itu juga di hukum sebagai ketinggalan zaman.

          Andainya wanita zaman sekarang ini mengikut trend bertudung adakah wanita itu telah terpengaruh dengan ideologi  pereka fesyen tudung.Mengikut trend adalah ideologi yang di bawa oleh pemikir barat.

         Adakah dalam agama islam membezakan jika seseorang itu ketinggalan zaman sekiranya tidak mengikut arus fesyen bertudung..


Thursday 7 October 2010

Cendawan Mekah Dan Minuman Teh Kombucha

Pelbagai nama yang di beri sejenis fremantasi yang berbentuk seperti cendawan. Namun ia digunakan sejak zaman dinasty Tsing thn 221 sebelum masehi. Seterusnya tersebar ke Korea, Jepun, Rusia, India dan seluruh dunia, termasuk Amerika. Ini menunjukkan bahawa teh kombucha ini telah lama di kenali.Oleh demikian penulis telah mencari bahan rujukan berkaitan teh kombucha ini dan juga bertanya orang-orang tua dan juga ustaz.Walau bagaimanapun, setelah mendapat maklumat tentang teh kombucha ini masyarakat di kalangan melayu telah lama digunakan sebagai untuk merawat penyakit kencing manis.Melalui bahan bacaan, penulis mendapati banyak khasiat kebaikan tentang teh kombucha ini.Di sini penulis meletakkan url sebagai bahan bacaan http://www.sulis-health.co.uk/kombucha/faq.shtml#q4. Teh kombucha ini sangat popular di Negara Indonesia malahan di jual dengan harga yang tinggi.Ini kerana banyak khasiatnya teh kombucha ini.Di negara kita,teh kombucha ini kurang popular dan kekurangan maklumat mengenai teh kombucha ini.Di negara kita ada yang menjualnya tetapi kurang diketengahkan di dalam masyarakat kita dan juga di media elektronik.