Custom Search

Thursday 28 October 2010

Bertudung atau mengikut trend bertudung?



Senario masyrakat wanita bertudung pada masa kini gemar bertudung pelbagai bentuk fesyen untuk digayakan.Bermacam-macam fesyen tudung di beri nama.Sekiranya kita melihat wanita-wanita di luar sana sungguh cantik dan ayu pabila mengayakan litup bertudung yang pelbagai fesyen ini.Harga sehelai tudung juga boleh mencecah dari puluhan ringgit hingga beratus ringgit.Faktor tersebut dikatakan mengikut arus berfesyen bertudung. 

          Apabila seseorang wanita itu bertudung biasa yang menutup aurat adakah wanita itu dikatakan ketinggalan zaman?Bagaimanakah masyarakat wanita bertudung yang tidak berkemampuan.Adakah wainta itu juga di hukum sebagai ketinggalan zaman.

          Andainya wanita zaman sekarang ini mengikut trend bertudung adakah wanita itu telah terpengaruh dengan ideologi  pereka fesyen tudung.Mengikut trend adalah ideologi yang di bawa oleh pemikir barat.

         Adakah dalam agama islam membezakan jika seseorang itu ketinggalan zaman sekiranya tidak mengikut arus fesyen bertudung..


No comments: