Custom Search

Thursday 7 October 2010

Cendawan Mekah Dan Minuman Teh Kombucha

Pelbagai nama yang di beri sejenis fremantasi yang berbentuk seperti cendawan. Namun ia digunakan sejak zaman dinasty Tsing thn 221 sebelum masehi. Seterusnya tersebar ke Korea, Jepun, Rusia, India dan seluruh dunia, termasuk Amerika. Ini menunjukkan bahawa teh kombucha ini telah lama di kenali.Oleh demikian penulis telah mencari bahan rujukan berkaitan teh kombucha ini dan juga bertanya orang-orang tua dan juga ustaz.Walau bagaimanapun, setelah mendapat maklumat tentang teh kombucha ini masyarakat di kalangan melayu telah lama digunakan sebagai untuk merawat penyakit kencing manis.Melalui bahan bacaan, penulis mendapati banyak khasiat kebaikan tentang teh kombucha ini.Di sini penulis meletakkan url sebagai bahan bacaan http://www.sulis-health.co.uk/kombucha/faq.shtml#q4. Teh kombucha ini sangat popular di Negara Indonesia malahan di jual dengan harga yang tinggi.Ini kerana banyak khasiatnya teh kombucha ini.Di negara kita,teh kombucha ini kurang popular dan kekurangan maklumat mengenai teh kombucha ini.Di negara kita ada yang menjualnya tetapi kurang diketengahkan di dalam masyarakat kita dan juga di media elektronik.


Setelah menggunakan teh kombucha ini, penulis telah membuat rumusan bahawa teh kombucha ini dikatogerikan sebagai cuka sepertimana cuka kurma. Cuma teh kombucha ini berbeza dari segi kandungannya.Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.‘Biochemist’ banyak mennyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati .Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun untuk dikeluarkan dari anggota badan kita melalui kumuhan.Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. AsidGlucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi tulang kita.Melalui amatan dan pengalaman penulis mengamalkan teh kombucha ini,memang ada kebaikkan tersendiri.Penulis pernah mengalami ulser mulut dan mengambil teh kombucha ini untuk di uji.Penulis masukkan air minuman tersebut ke dalam mulut dan membiarkan beberapa saat untuk air tersebut terkena ulser tersebut.Alhamdulillah,dalam beberapa minit ulser tersebut tidak lagi pedih.Setelah 3 hari ,ulser tersebut telah sembuh.Pengalaman kedua penulis adalah sakit pinggang dan lutut.Dahulu penulis aktif dalam sukan.Setelah tidak aktif sukan,penulis mula sakit pinggang dan lutut.Penulis cuba amalkan minuman teh kombucha ini.Setelah amalkan minuman tersebut sakit pinggang penulis berasa berdenyut-denyut dan tidak selesa selama lima hari sebaliknya sakit lutut berkurangan.Apabila penulis cari artikel kesan minuman teh kombucha ini didapati minuman tersebut akan bertindak balas bahagian anggota yang bermasalah untuk menyembuhkan dan merawat dalaman anggota badan yang bermasalah.Ini menunjukkan bahawa teh kombucha ini mengandungi kultur yang baik yang diperlukan dalaman anggota badan kita,sepertimana bahan bacaan yang penulis baca. Oleh itu hingga ke hari ini penulis mengamalkan minuman teh kombucha.

Apabila teh kombucha ini didapati banyak khasiatnya,penulis ingin mempromosikan teh kombucha ini.Untuk makluman,teh kombucha ini penulis membuat sendiri.Secara alternatif penulis mencampurkan air teh kombucha ini dengan air zam-zam sebagai alternatif untuk kesihatan jasmani.lihat di sini khasiatnya http://ppspp-vista.blogspot.com/p/produk-kesihatan_04.html

1 comment:

ZM said...

halal atau haram minuman ini? sebab ada alkohol